Wednesday, November 12, 2008

syukur...


Bersyukurlah kepada Allah apabila bayang-bayang mengekori setiap langkah kita, kerana itu bermakna matahari masih menyinari hidup ini…

Bersyukurlah kepada Nya apabila kita terpaksa mengemas rumah, kerana itu bermakna kita masih ada rumah untuk berteduh…

Bersyukurlah kepada Nya apabila kita diganggu oleh bunyi bising kenderaan yang lalu lalang, kerana itu bermakna kita tidak pekak….

Bersyukurlah kepada Nya apabila parents kita membebel, kerana itu bermakna masih ada orang yang menyayangi kita….

Dan…

Bersyukurlah kepada Nya apabila mimpi indah kita terbantut disebabkan bunyi alarm clock, kerana itu bermakna kita masih bernyawa dan masih sempat untuk bersyukur kepada Nya di atas semua nikmat yang dikurniakan oleh Nya…

No comments: